Tuesday, December 08, 2009

Hey dengar sini orang orang kampung!

--Title itu tiada kene mengena dengan apa yang aku mahu poskan kerana aku sendiri tak tahu apa yang aku nak tulis aka type. Kan?

--So bagaimana kehidupan aku sekarang? Masih bercuti. Ye bercuti dan berehat di rumah menambahkan segala lemak lemak di badan terutamanya di PERUT aku yang dah sentiasa boroi ini. Aku rasa perut aku memang dah tak boleh diselamatkan walaupun aku sit up sampai sakit pinggang dan tulang belakang. Jadinya aku hanya pasrah dengan keadaan perut aku yang sebegini. Apa motif aku bercakap pasal perut? Aku nak start jogging pon malas lah tak ada kawan nak pergi jogging sama2. Macam mana ni nak dapat buat Ergo bawah 9 minit? Ahhhh!

--Aku rasa aku boleh gambarkan cuti aku ni sebagai 'lifeless'. Sebab hari hari aku buat benda yang sama, nak tahu rutinnya? Pagi bangun tidur, ok tengahari lah. Lepas bangun aku terus bukak laptop dan on9, tu belum mandi lagi tu. Lepas on9-ing sampai lebam aku makan dan mandi, *tu pun kalau aku rajin nak mandi, biasanya aku mandi sehari sekali je cukup syarat* Tengok tv pon jarang aku sebab aku hanya duduk kat atas katil je menghadap laptop. Cerita apa kat TV pon aku tak tahu la ahh lagipun aku memang tak berminat nak tahu maklumlah orang kampung mana ada Astro kat rumah. Aku rasa silap silap tulang belakang aku ni boleh patah sebab membongkok terlalu lama menghadap laptop macam nak cium skrin laptop dan bontot aku pulak boleh berkematu sebab dah tepu sangat duduk atas katil, hahaha.

--Tiba2 aku teringat pasal results finals. Hahaha, aku terasa sangat bo**h sebab mendapat results yang sebegitu teruk. I feel sorry for my parents. Bilalah aku boleh menjadi anak kebanggaan mereka? Sedihhhhhnyaaa! Sedih sangat2. Ibu Abah mintak maaf banyak2. Aku nak cakap dengan diorang pon takut nih macam mana? Help! :(( Sigh~ Sem depan aku akan mencuba yang terbaik! ( Every sem pon cakap macam tu )

--Aku sekarang manusia flexible, ada 3 nombor. Maxis Celcom Digi, ada apa2 masalah sila kemukakan kepada nombor2 berikut. 012 345 6789 && 013 245 6789 && 016 123 4578 ok? Nombor Digi itu tidak ramai yang tahu adalah seorang dua, entah dari celah mana tiba2 aku terjumpa balik sim tu. Hohoho. ;O

--Hah aku nak pergi tengok Asean Basketball League la faham tak? Tapi mesti tak boleh. Ibu ngan abah mesti tak bagi pergi. Lagi satu aku dah sah sah tak tahu jalan nak pergi Stadium Maba tu. Pernah pergi dulu pon sebab ade AUG tu. Hmm sedih betullah tak dapat nak tengok Malaysian Team lawan Thailand Phillipine Indonesia etc live. :( Rindu pulak nak main basketball, lama tak main.

--Esok adik aku ada paper tapi malam nih dia santai tengok TV je wah hebat tak hebat? Esok kena ambil dia kat sekolah after dia habis paper. Semoga dapat menjawab soalan dengan baik ye dik, all the best, dak yah sentiasa mendoakan kejayaan adik. *Kakak mithali kan*

--Facebook Facebook Facebook, hari hari aku berbalas balas comment dengan orang yang sama hahahaha memang tak ada kerja kan nak buat? Mungkin aku patut melangkah ke alam Twitter pula tapi bukan sekarang. Eh eh dan aku agak tertarik dengan itu Tumblr la browse punye browse terjumpalah beberapa orang yang sudah menggunakan Tumblr, agak menarik dan aku tertarik.

--Cukuplah untuk malam ini, aku mahu pergi membasuh pinggan mangkuk yang kotor kat dapur tu. Bye.

Xoxo <-- Gediks sket ;p





2 comments:

si ngeng. said...

perut boroi mmg utk org GEMUK!!

MDY said...

Ye aku gemuk. Puas hati?