Friday, June 18, 2010

Cerita Kedai Pak Mat.

## Jam sudah menunjukkan pukul 12.43 pagi. Tanggal hari ini 18 Jun 2010. Tiada apa apa yang istimewa pada tarikh ini, nak kata anniversary, aku masih lagi belum bernikah, apatah lagi berkhawin. Ahh kesimpulannya memang hari ini tidak menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk aku.  Bilik aku masih terang dan radio masih lagi ligat memutarkan lagu lagu yang kadang kadang aku sendiri rimas mendengarnya, walau bagaimanapun, radio capuk itulah peneman setia aku di rumah selain laptop buruk aku ini yang aku kira hanya layak dibaling ke dalam longkang, mungkin?

## Jadi apa khabar anda semua? Apa khabar dunia blog? Sudah lama aku tidak mengupdate blog aku ni, ye lah busy lah katakan, busy dengan apa aku sendiri tak tahu lah. Busy dengan drama Melayu atau drama Cina atau nak up lagi drama Mat Salleh? Hahaha semestinya tidak, kehidupan aku sudah tiada lagi drama drama tersebut, latest post aku yang ada menyebut 'bercinta dengan kucing lagi baik' itu merupakan post terakhir aku menyebut tentang seseorang itu. Oh you know who you are ryte? Sekarang aku berasa lebih lega, bayangan dan kepala kau dah hilang sepenuhnya dari ingatan dan kehidupan aku. Inilah yang dipanggil move on kan? Dan inilah nasihat kau kepada aku dari dulu supaya aku MOVE ON dan GET OVER semuanya, dan sekarang aku buat apa yang kau suruh aku buat selama ni. Dan aku mengucapkan terima kasih untuk itu. :)

## Cuti semester aku hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, agak agak apa yang perlu aku buat untuk menghabiskan masa cuti ni? Aku sendiri menyimpan hajat untuk bangun pagi kemudian berjogging atau menghabiskan masa dengan aktiviti2 yang berfaedah, tapi tu semua hanya sekadar menanam tepu di pinggir bibir sendiri ( peribahasa ciptaan sendiri ) sebab aku tak pernah nak bangun kurang dari pukul 12 tengahari. Bak kata abah aku, 'matahari dah mencanak atas kepala baru kau nak bangun'. Bangun je dari tidur, aku akan bukak laptop dan on9 dan bertanya kepada rakan2 aku yang berada di Melaka, 'ape plan hari ni?', tak pon 'Jum kuar lepaaakkkkk tengok wayang ke' dan sebagainya. Kalau ada yang rajin melayan aku dierang terima lah ajakan aku ni, kalau nasib tak baik, semua sibuk, aku hanya duduk di rumah lah. Tolong bibik kemas rumah & belajar masak ( Kononnya )

## Aku dah tak fit, lepas MASUM habis bulan lepas, jangan cakap nak tarik ERGO, nak jogging tu pun macam samar samar je, harapan lah. Sebab sport shoe aku pon tertinggal kat UNITEN, so masalah kasut tu juga merupakan salah satu alasan aku tak berjogging. Hahaha. Aku memerlukan kasut sukan yang baru, siapa2 baik hati nak bagi aku hadiah? Aku nak NIKE FREE 7.0 Woman Running, okay? Kali ni aku nak warna biru pulak. ( Macam lah ada yang nak bagi free setepek kat muka aku kan ) Bercakap pasal ERGO, ikut perancangan, bulan July ni semua calon Sukan SEA 2011 perlu mencapai bacaan ERGO bawah 7 untuk perempuan. Haishhh ni bukan dah jadi HULK muka hijau ni nak tarik bawah 7 minit, dah terkeluar taik hijau aku nanti hahaha. Kadang kadang aku rasa kurang yakin nak teruskan dengan selection SEA games ni, rasa cam tak layak, tapi aku tak nak give up. Tapi biasalah kadang kadang kalau emosi menguasai diri, aku rasa nak quit semua yang aku buat, belajar ke rowing ke hape ke, sebab aku dah malas nak rase down kalau aku tak dapat apa yang aku nak, terutamanya dalam studies dan rowing. Contohnya aku belajar sampai pagi tunggang terbalik pon, results nya sama macam aku tak payah belajar langsung, dan aku training rowing pagi petang siang malam hasilnya tak memuaskan, so macam mana tu? Aku yang tak bersyukur ke atau memang tak berbaloi? Tapi tidak mengapalah, aku sentiasa berfikir yang Allah itu maha Adil, Dia tak akan menguji hamba hamba-Nya melainkan Dia tahu hamba-Nya itu mampu mengatasi dan menghadapi segala dugaan-Nya. So aku pun sentiasa berfikiran positive dan sentiasa mengingatkan pada diri aku yang kalau aku rasa life aku ni teruk ke, susah ke, ramai lagi yang lagi teruk dan susah dari aku. Kesimpulannya, bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, jangan menyesal dengan apa yang kita tak dapat dan berusaha untuk mendapatkan apa yang kita nak.  Nasib baik ada Ibu yang sentiasa memberi sokongan moral untuk aku teruskan kehidupan aku ( Budget life aku ni payah sangat lah kan hihi ) Terima kasih Ibu untuk segala galanya. Madihah sayang Ibu.

## Okay lah, yang lepas biarkan lepas, apa yang aku perlu buat adalah, buat yang terbaik untuk masa akan datang. Aku harap masih ada peluang untuk aku memperbaiki kehidupan aku. Mungkin aku perlu lebih mendekatkan diri dengan Allah, ye lah aku sedar, manusia ni masa senang lupa Tuhan, aku juga tak terkecuali, kadang kadang aku sendiri lalai dan leka dengan kehidupan di atas muka bumi ni. Hanya tahu berseronok dan tanpa aku sedar aku semakin jauh dari Tuhan. Astaghfirullah, ampunkan dosa2 hambaMu ini Ya Allah.  Tiada apa yang menarik dalam post ni, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati, dan sekadar kalau orang bertanya 'kau tengah wat apa tu?' dan aku boleh menjawab 'tak ada apa, update blog'. Bosan kan? Sudahlah tu, selamat malam. Bye.

## Sayangnya aku kat kau orang Terengganu oi! :p

2 comments:

ouh sara said...

tak mengantuk plak aku an bace ko nyer blog pepanjang ni..saket mata weh..kecik sangat font de..

but i enjoy read 'em:))

MDY said...

Aku update sket kau biseng, aku update panjang sakit mata lak. Sengal ubi kau ni.

Thnksss btw