Thursday, June 24, 2010

LMFAO!

Title tu aku baru taw meaning tadi btw. Kodi lah katakan. Abaikan pasal title.

Aku rasa nak gelak depan muka kau!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!

Jum lah gelak sampai lebam. Statement kau buat aku pecah perut gelak! You just made my day, KID!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Wednesday, June 23, 2010

Reality is cruel.

 I wish I grabbed a chance to say to her that life is too short,
so take the time and appreciate.

3 bulan bukannya lama & 6 tahun bukannya sekejap.

Tuesday, June 22, 2010

Gedik santai.

Aku rasa gembira sangat lah.
Kenapa eh?

RAHSIA. :b
*Cacat kan? Sayang lagi?

Monday, June 21, 2010

Blind.

'After all this time, 
I never thought we'd be here, 
Never thought we'd be here,
When my love for you is blind,
But I couldn't make you see it,
That I loved you more than you'll ever know,
When part of me died when I let you go.'

Sunday, June 20, 2010

What a feeling.

RINDU RINDU RINDU.
Semakin rindu semakin asyik. 

*Macam lagu dangdut pulak kan. :p

Kenapa?

** Perasaan ini aneh? Kalau jadi heartless kan best. Senang. Tak perlu nak emo sana sini sakit hati sana sini. Tapi dah nama pon manusia kan mestilah ada perasaan, kucing pun taw rasa sakit, ye dok? Kenapa kita perlu rasa sakit, marah, sedih, menyampah, meluat semua tu? Perlu ke? Penting ke semua tu?

** Apa aku nak eh aku sendiri tak faham. Aku nak orang jaga hati aku tapi aku tak jaga hati orang, aku nak orang sayang aku tapi aku tak sayang orang. Macam mana tu? Tak adil lah, kesian orang tu. Alahai aku sayang sebenarnya cuma tak gheti nak tunjuk. Bagi aku marah tanda sayang, maki tanda rindu. Haha setuju? Kalau aku tak sayang aku tak marah kau. Faham faham sendiri je lah labu, aku cakap banyak pon tak guna bukan boleh ubah apa pon.  

** Aku nak tengok wayang lagi tapi aku pokai. Cam no ni? Buek wayang sendiri dah penat pulak haha alamak aii apa aku merepek. Lagi berapa bulan nak puasa? Puasa lepas tak habis ganti lagi oh perlu ganti puasa dengan segera. Lepas puasa dah raya cepat sungguh kan masa berlalu. Makan tidur pejam celik je nanti dah puasa dan raya dan dot dot dot..

** Oh ye aku tak rasa 3 BULAN tu suatu jangka masa yang lama. Oleh yang demikian, hargailah orang yang kita sayang selagi dia ada depan mata, kan Madihah?

Saturday, June 19, 2010

Here come those tears.

"My feelings for you shame me into silence. The truth of this and your name will never be revealed. It is you who has made me realize the failure of my life. The thought of you fills me with longing and at the same time, a burning humiliation that produces scar tissue and dead brain cells. Your existence mocks me and I am unable to confront this. You have no idea of any of this. None of this is your fault. It is completely with me. It is you who makes me see what I really am. I am weak and out of touch with myself."


You got me?

Seandainya engkau mengerti.

Buat apa kalau ada HANDPHONE, tak balas msg aku dan tak angkat call aku?
Kalau macam tu, lebih baik HANDPHONE tu campak dalam longkang atau baling anjing? Okay tak?
Mana lebih baik? Atau humban dalam laut?
Teruskan ignore aku. Suka sangat. :)

Ah nak merajuk lah macam ni. Tapi aku merajuk pun apa aku dapat? Last last kena pujuk hati sendiri jugak. Hampeh. 

Ye aku gedik nak merajuk. So what?

Friday, June 18, 2010

Through good times and through bad times, that is what friends are for.

First hang out. :)
28 January 2010.

Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends.

 

XOXO.

:)

One of the greatest friend ever.

As in 15 June 2010.
HAPPY BIRTHDAY CUYA. :)
Sorry for the late wish, it doesn't mean that I forgot your birthday, I was just a bit busy. I just want you to know that you are very important in my life. Sorry for everything I did wrong. May you get what you want in life and good luck in everything. 'Forever 21' ya? Haha.
I love you. :)
Bau ketiak kau pon aku dah lali haha :P

Things in my head.

Q1 : Why do I text you? 

A : It's my choice, it's my way of saying I remember you. 

Q2 : Why do I remember you? 

A : It's my choice, it proves that I care. 

Q3 : Why do I care? 

A : I don't know. 

It's not my choice but my heart's. :)

Cerita Kedai Pak Mat.

## Jam sudah menunjukkan pukul 12.43 pagi. Tanggal hari ini 18 Jun 2010. Tiada apa apa yang istimewa pada tarikh ini, nak kata anniversary, aku masih lagi belum bernikah, apatah lagi berkhawin. Ahh kesimpulannya memang hari ini tidak menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk aku.  Bilik aku masih terang dan radio masih lagi ligat memutarkan lagu lagu yang kadang kadang aku sendiri rimas mendengarnya, walau bagaimanapun, radio capuk itulah peneman setia aku di rumah selain laptop buruk aku ini yang aku kira hanya layak dibaling ke dalam longkang, mungkin?

## Jadi apa khabar anda semua? Apa khabar dunia blog? Sudah lama aku tidak mengupdate blog aku ni, ye lah busy lah katakan, busy dengan apa aku sendiri tak tahu lah. Busy dengan drama Melayu atau drama Cina atau nak up lagi drama Mat Salleh? Hahaha semestinya tidak, kehidupan aku sudah tiada lagi drama drama tersebut, latest post aku yang ada menyebut 'bercinta dengan kucing lagi baik' itu merupakan post terakhir aku menyebut tentang seseorang itu. Oh you know who you are ryte? Sekarang aku berasa lebih lega, bayangan dan kepala kau dah hilang sepenuhnya dari ingatan dan kehidupan aku. Inilah yang dipanggil move on kan? Dan inilah nasihat kau kepada aku dari dulu supaya aku MOVE ON dan GET OVER semuanya, dan sekarang aku buat apa yang kau suruh aku buat selama ni. Dan aku mengucapkan terima kasih untuk itu. :)

## Cuti semester aku hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, agak agak apa yang perlu aku buat untuk menghabiskan masa cuti ni? Aku sendiri menyimpan hajat untuk bangun pagi kemudian berjogging atau menghabiskan masa dengan aktiviti2 yang berfaedah, tapi tu semua hanya sekadar menanam tepu di pinggir bibir sendiri ( peribahasa ciptaan sendiri ) sebab aku tak pernah nak bangun kurang dari pukul 12 tengahari. Bak kata abah aku, 'matahari dah mencanak atas kepala baru kau nak bangun'. Bangun je dari tidur, aku akan bukak laptop dan on9 dan bertanya kepada rakan2 aku yang berada di Melaka, 'ape plan hari ni?', tak pon 'Jum kuar lepaaakkkkk tengok wayang ke' dan sebagainya. Kalau ada yang rajin melayan aku dierang terima lah ajakan aku ni, kalau nasib tak baik, semua sibuk, aku hanya duduk di rumah lah. Tolong bibik kemas rumah & belajar masak ( Kononnya )

## Aku dah tak fit, lepas MASUM habis bulan lepas, jangan cakap nak tarik ERGO, nak jogging tu pun macam samar samar je, harapan lah. Sebab sport shoe aku pon tertinggal kat UNITEN, so masalah kasut tu juga merupakan salah satu alasan aku tak berjogging. Hahaha. Aku memerlukan kasut sukan yang baru, siapa2 baik hati nak bagi aku hadiah? Aku nak NIKE FREE 7.0 Woman Running, okay? Kali ni aku nak warna biru pulak. ( Macam lah ada yang nak bagi free setepek kat muka aku kan ) Bercakap pasal ERGO, ikut perancangan, bulan July ni semua calon Sukan SEA 2011 perlu mencapai bacaan ERGO bawah 7 untuk perempuan. Haishhh ni bukan dah jadi HULK muka hijau ni nak tarik bawah 7 minit, dah terkeluar taik hijau aku nanti hahaha. Kadang kadang aku rasa kurang yakin nak teruskan dengan selection SEA games ni, rasa cam tak layak, tapi aku tak nak give up. Tapi biasalah kadang kadang kalau emosi menguasai diri, aku rasa nak quit semua yang aku buat, belajar ke rowing ke hape ke, sebab aku dah malas nak rase down kalau aku tak dapat apa yang aku nak, terutamanya dalam studies dan rowing. Contohnya aku belajar sampai pagi tunggang terbalik pon, results nya sama macam aku tak payah belajar langsung, dan aku training rowing pagi petang siang malam hasilnya tak memuaskan, so macam mana tu? Aku yang tak bersyukur ke atau memang tak berbaloi? Tapi tidak mengapalah, aku sentiasa berfikir yang Allah itu maha Adil, Dia tak akan menguji hamba hamba-Nya melainkan Dia tahu hamba-Nya itu mampu mengatasi dan menghadapi segala dugaan-Nya. So aku pun sentiasa berfikiran positive dan sentiasa mengingatkan pada diri aku yang kalau aku rasa life aku ni teruk ke, susah ke, ramai lagi yang lagi teruk dan susah dari aku. Kesimpulannya, bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, jangan menyesal dengan apa yang kita tak dapat dan berusaha untuk mendapatkan apa yang kita nak.  Nasib baik ada Ibu yang sentiasa memberi sokongan moral untuk aku teruskan kehidupan aku ( Budget life aku ni payah sangat lah kan hihi ) Terima kasih Ibu untuk segala galanya. Madihah sayang Ibu.

## Okay lah, yang lepas biarkan lepas, apa yang aku perlu buat adalah, buat yang terbaik untuk masa akan datang. Aku harap masih ada peluang untuk aku memperbaiki kehidupan aku. Mungkin aku perlu lebih mendekatkan diri dengan Allah, ye lah aku sedar, manusia ni masa senang lupa Tuhan, aku juga tak terkecuali, kadang kadang aku sendiri lalai dan leka dengan kehidupan di atas muka bumi ni. Hanya tahu berseronok dan tanpa aku sedar aku semakin jauh dari Tuhan. Astaghfirullah, ampunkan dosa2 hambaMu ini Ya Allah.  Tiada apa yang menarik dalam post ni, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati, dan sekadar kalau orang bertanya 'kau tengah wat apa tu?' dan aku boleh menjawab 'tak ada apa, update blog'. Bosan kan? Sudahlah tu, selamat malam. Bye.

## Sayangnya aku kat kau orang Terengganu oi! :p

Wednesday, June 09, 2010

This is so funny.

Hah gelak lah.
:/

Broga Hills.

Update update. #1

Broga Hills, with UTHM Rowers before MASUM started.
Kat bawah lagi, muka masing2 normal.
Fuh fuh mendaki dengan bersungguh sungguh.

***
**
*

Half way.
*Baru half way muka aku dah cam tu kan? Haha.



***
**
*

 Akhirnyaaaaaaaaa!
:D 
 



Mereka gila kan? Aku tak haha.

Hahahahahaha! :p

Sunday, June 06, 2010

Dynamites, Return To Victory.

Mana semua pergi? 
Rinduuuu ooooo.

Thursday, June 03, 2010

Kekasihku diambil orang.

HAHAHAHA. Title macam geli! Pedulik ah.

Aku tak tahu apa aku rasa sekarang, aku rasa bodoh sangat. Dah lebih setengah tahun Madihah, let it go. Aku ingat aku kuat, aku rasa aku dah boleh get over kau. Tapi tak boleh. Hari ni aku menangis lagi sebab kau. Dah lama gila aku tak menangis. Kau nak cakap aku cengeng ke hape lantak kau. Kau memang tak tahu betapa sayangnya aku kat kau. Kau tak kan faham, tak pernah faham dan memang tak akan faham sampai bila2. Hati aku sakit sangat, aku rasa macam nak bunuh diri, boleh? Hahaha. Hati aku sakit tengok kau boleh move on dengan bahagianya, tapi aku? Macam sial. Kau tengok aku happy, kau tahu ke apa aku rasa? Hati aku kau pernah nak fikir? Kau memang selfish! Pentingkan diri sendiri je, aku yang bodoh sebab sayang kau. Air mata aku tak boleh berhenti mengalir ni. Aaaaaaaahh padan muka aku. Puaslah hati kau, kan?

Itu sahaja drama untuk hari ini. Sekian, terima kasih. Bercinta dengan kucing lagi baik.